About Me

Van KKM dalam perjalanan ambil vaksin terbabit kemalangan, pemandu maut


Johor Bahru: Pemandu maut manakala tiga lagi kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) cedera parah selepas van dinaiki merempuh lori di Kilometer 9.7 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke Skudai di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, siasatan awal mendapati kejadian kira--kira jam 12.15 tengah hari ketika van dipandu di lorong kanan itu mengelak sebuah kereta yang membrek mengejut lalu merempuh belakang sebuah lori.

Menurutnya, pemandu van bersama tiga penumpang iaitu pegawai farmasi dan dua jururawat dalam perjalanan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kluang untuk mengambil bekalan vaksin di Hospital Permai, Tampoi di sini.

"Akibat kejadian itu, pemandu dan penumpang tempat duduk hadapan tersepit manakala dua penumpang bahagian belakang cedera parah.

"Semua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi rawatan manakala pemandu van disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Jabatan Forensik HSA untuk bedah siasat.

"Pemandu lori, lelaki berusia 31 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan ses disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya menerusi kenyataan media.

Kakitangan KKM yang terbabit dalam kemalangan termasuk pemandu van yang maut, Shamsul Shamsuri, 49; Rosnilam Satari, 48; Azlina Mohd Rawi, 41 dan Amelia Pek Ying Hung, 26.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor berkata, lima jentera termasuk sebuah Fire Rescue Tender (FRT), dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dengan kekuatan seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan penyelamat (BBP) Larkin dan BBP Skudai ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

Katanya, anggota bomba mengambil masa 11 minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Sebaik tiba di lokasi, empat kakitangan KKM ditemukan terperangkap dalam van berkenaan dan anggota bomba menggunakan alatan pemotong khas untuk mengeluarkan semua mangsa dalam tempoh 11 minit," katanya dalam kenyataan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!