About Me

Ustaz Abdul Somad nasihat para suami agar tidak kentut depan isteri


Penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) memberi nasihat kepada golongan suami agar tidak kentut di hadapan isteri demi menjaga hati mereka, lapor Suara.com, semalam.

Menurut UAS, perbuatan kentut di hadapan isteri tidak diklasifikasikan sebagai haram namun tidak begitu sopan.

“Rasulullah S.A.W tidak pernah melakukan hal-hal yang menjengkelkan Aisyah seperti memakan sejenis makanan iaitu maghafir yang mempunyai bau busuk kerana isteri baginda tidak menyenanginya.

“Jadi, baginda bersabda tidak akan lagi memakan maghafir dan mengharamkan maghafir untuk dirinya sendiri,” ulas UAS.

Tambah UAS, para suami perlu sentiasa melakukan perkara yang menyenangkan hati isteri sebagai salah satu rukun rumah tangga bahagia.

“Rasulullah sentiasa memanggil Aisyah dengan nama panggilan mesra. Kalau kita tidak mampu begitu, jangan sampa kentut di depan isteri,” katanya lagi.

- beritaperak.com

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!