About Me

UMNO tarik balik sokongan kerajaan PN, Muhyiddin


PETALING JAYA – Bagi menzahirkan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yg ternyata gagal.

“Majlis Kerja Tertinggi UMNO sudah sebulat suara menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri berdasarkan fasa 3.3 perlembagaan Umno,” jelasnya dalam sidang akhbar sebentar tadi. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!