About Me

Tujuh remaja direman bantu siasatan rogol berkumpulan


Kota Bharu: Tujuh remaja lelaki direman selama lima hari untuk membantu siasatan berhubung kes rogol berkumpulan terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, awal tahun ini.

Perintah tahanan reman bermula hari ini sehingga Isnin depan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Nor Faezah Abdullah terhadap semua suspek yang memakai pakaian lokap warna jingga.

Semua remaja itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan kerana disyaki rogol berkumpulan.

Difahamkan, mereka melakukan kesalahan itu beberapa kali sebelum ditahan susulan laporan polis dibuat mangsa.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris mengesahkan tujuh remaja lelaki itu ditahan reman selama lima hari.

Katanya, tujuh remaja itu ditahan di beberapa lokasi di sekitar Kota Bharu, semalam.

"Mereka direman untuk siasatan mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan kerana disyaki rogol berkumpulan.

"Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!