About Me

Tiada sebelah tangan, rider guna tangan palsu sorok kekurangan demi cari rezeki


Biarpun diuji dengan kekurangan dalam hidup, ia tidak bermakna seseorang itu harus menyerah kalah dan membenarkan diri dibelenggu kesedihan sepanjang masa.

Sebagai manusia selagi hayat masih dikandung badan, teruskanlah melangkah dengan gagah.

Begitulah seperti kisah pemuda ini yang mencuri perhatian netizen di aplikasi TikTok. Walaupun dirinya hanya memiliki sebelah tangan, namun dia tidak berputus asa dan tidak menanti belas kasihan daripada orang lain.

Guna tangan palsu, sembunyi kekurangan

Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok, pemuda itu sedang bersiap sedia untuk bertugas sebagai rider. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila pemuda itu dilihat menggunakan tangan palsu bagi menutupi kekurangan yang ada pada dirinya.

Kemudian, dia membalut tangan palsu itu dan menggantungkannya agar kelihatan seperti tangan yang ‘patah’.

Meskipun terpaksa menyembunyikan kekurangan diri, dengan segala kudrat yang ada dia tetap gigih melakukan tugas harian sebagai seorang rider dari pagi hingga ke malam.

Tak dinafikan lagi keadaan fizikalnya itu menyukarkan kegiatan harian malah boleh membahayakan nyawanya. Namun, perkara itu sedikitpun tidak mematahkan semangatnya untuk mencari rezeki halal demi meneruskan kelangsungan hidup.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mengakui tersentuh dan terharu tatkala menyaksikan perkongsian pemuda itu.

Rata-rata mereka kagum melihat kegigihannya malah, ada juga yang berasa sedih dan meluahkan rasa syukur kerana dilahirkan ke dunia dengan cukup sempurna.

Kekurangan bukan penghalang

Terkejut tengok tangan palsu

Murahkanlah rezeki bro ni

Semangat yang tiada pada semua orang

Inspirasi


Sumber: TikTok @nabilahmad400


Copy Paste dari - tempoyak.net

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!