About Me

Terkilan tak sempat tunaikan permintaan terakhir anak


Alor Gajah: Bapa kepada dua anak yang maut dalam kemalangan, malam tadi terkilan kerana tidak menunaikan permintaan terakhir anak bongsu, tiga jam setengah sebelum pemergiannya buat selama-lamanya.

Masih terngiang-ngiang di telinga Amer Abdul Malek, 43, permintaan Allahyarham Afiq Wafiy, 4, supaya dia memandikan arwah, 6.30 petang semalam.

"Arwah beriya-iya meminta saya memandikannya tetapi saya keletihan kerana baru balik kerja memandu lori dan terus berehat tanpa sempat menunaikan permintaannya.

"Arwah memeluk saya seolah-olah tidak mahu melepaskan saya dan hanya sekarang baru saya tahu, itulah tanda arwah akan pergi buat selama-lamanya dengan abang sulungnya, Allahyarham Zahrul Fitri, 16," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Kebaya, di sini, hari ini.


Amer berkata, selepas solat Isyak malam tadi, arwah Zahrul Fitri yang belajar di Sekolah Menengah Naning, di sini membawa arwah adiknya menunggang motosikal untuk bersiar-siar di taman perumahan itu.

Amer berkata, arwah Afiq Wafiy sering membonceng motosikal yang ditunggang abang sulungnya untuk bersiar-siar sebelum masuk tidur dan jika tidak bersiar-siar, arwah lazimnya sukar untuk tidur.

"Kedua-dua arwah memang rapat dan arwah Zahrul Fitri sering memandikan adiknya pada sebelah petang sebelum membawanya bersiar-siar selepas solat Isyak.

"Bagaimanapun, saya tidak tahu macam mana kedua-dua arwah boleh pergi ke Kampung Ayer Pa'abas, kira-kira satu kilometer (km) dari taman ini sebelum melanggar tembok," katanya.

Dia berkata, selepas menerima panggilan penduduk Kampung Ayer Pa'abas berhubung kejadian itu, dia dan isteri, Siti Nurhidayah Tompang, 34, bergegas ke lokasi kejadian tetapi sejurus tiba, mereka mendapati kedua-dua anak kesayangan mereka sudah menghembuskan nafas terakhir.

Arwah Zahrul Fitri adalah anak sulung daripada lima anak dan dicadangkan oleh bapanya untuk menyambung pembelajaran dalam bidang vokasional selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Jenazah kedua-dua mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang, iaitu kampung asal Amer, petang atau malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan mendapati ketika kejadian 9.15 malam itu, mangsa dalam perjalanan dari arah Alor Gajah ke Kampung Ayer Pa'abas.

"Motosikal ditunggangi mangsa terbabas sebelum melanggar tembok 'Selamat Datang ke Kampung Ayer Pa'bas' di kiri jalan dan kedua-duanya parah di kepala serta meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!