About Me

Taman rekreasi awam dibuka esok untuk riadah


PUTRAJAYA – Individu yang telah menerima vaksinasi Covid-19 lengkap di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini dibenarkan beriadah di taman-taman rekreasi awam selepas kerajaan membenarkan pembukaan semula taman tersebut berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hanya aktiviti yang boleh dilakukan secara individu seperti joging, berbasikal dan bersenam dibenarkan selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) sukan dan riadah dalam Fasa 1 PPN.

“Orang ramai juga hanya dibolehkan mengunjungi taman-taman rekreasi awam di kawasan kejiranan masing-masing. Janganlah rentas negeri atau daerah untuk pergi ke taman rekreasi lain.

“Kebenaran ini amat penting untuk rakyat mendapat lebih masa berada di kawasan yang terbuka dan mempunyai sistem pengudaraan lebih baik berbanding hanya terkurung di rumah. Jadi, saya amat berharap agar kemudahan ini tidak disalah guna,” katanya mengumumkan kemudahan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perdana Menteri menegaskan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi berkaitan yang bertanggungjawab memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di taman-taman rekreasi awam itu mestilah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaksanaan kemudahan.

“Ini bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan
dan mengelakkan mudarat,” katanya.

Negeri-negeri dalam Fasa 1 PPN buat masa ini ialah Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor selain Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!