About Me

Tak pasal-pasal orang lain jadi mangsa


PETALING JAYA – Nasib malang menimpa seorang penunggang motosikal apabila menjadi mangsa kemalangan ‘tanpa sengaja’ selepas gagal mengelak sebuah kereta yang membuat pusingan U.

Lebih mengejutkan, kereta yang tersebut seolah-olah tidak menyedari kehadiran motosikal ditunggang mangsa walaupun mangsa telah membunyikan hon serta menyalakan lampu.

Detik-detik kejadian malang itu telah telah berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum ia tular di laman sosial.

Menerusi klip video berdurasi 34 saat itu, jelas kelihatan sebuah kereta telah membuat pusingan U di kawasan yang tidak sepatutnya sebelum ‘dilanggar’ sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki.

Walaupun cuba mengelak kereta tersebut, namun penunggang tersebut gagal mengawal motosikalnya sebelum dia merempuh bahagian hadapan kereta jenis Honda Accord itu.

Akibat pelanggaran itu mangsa telah tercampak dari motosikalnya dan tidak dapat dipastikan kecederaan yang dialami mangsa.

Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah kawasan di Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan, Ahad lalu dan ia merupakan salah satu kawasan ‘hotspot’ kemalangan.

Susulan tular klip video itu di media sosial, rata-rata pengguna mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pemandu yang membuat pusingan U di kawasan tidak sepatutnya serta tidak peka dengan kenderaan lain.

“Dekat situ pun nak buat ‘u-turn’, apa salahnya jalan dulu ke depan cari simpang atau kawasan sesuai buat baru buat ‘u-turn.

“Tak pasal-pasal orang lain jadi mangsa, ada lesen ke tidak pemandu ni?,” soal Ahmad Albab.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Jenzer Mohd Al.

“Area Kelantan punya CCTV memamg paling aku hormat. Kuala Lumpur pun mungkin susah hendak dapat HD (definisi tinggi) mcm ni,” ujarnya.

- K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!