About Me

Tak pakai pelitup muka, bergaduh pula dengan pengawal keselamatan


Shah Alam: Akibat memasuki sebuah pasar raya tanpa memakai pelitup muka, seorang wanita bergaduh dengan pengawal keselamatan sebelum diarahkan keluar dalam kejadian Ahad lalu.

Tindakan mereka yang bergaduh dan memukul satu sama lain itu mengejutkan pengunjung pasar raya yang terletak di Seksyen 36, Kampung Jawa sehingga tular di media sosial semalam.

Berdasarkan rakaman itu, kelihatan seorang pekerja wanita dan seorang lelaki cuba meleraikan pergaduhan.

Lelaki berkenaan meminta wanita yang tidak memakai pelitup muka itu agar keluar, namun wanita itu memberi alasan mahu membeli barang.


Difahamkan, individu yang merakam video itu memberitahu bahawa wanita terbabit melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana tidak memakai pelitup muka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan mengenai kejadian itu.

"Pergaduhan dipercayai disebabkan salah faham kerana wanita itu tidak memakai pelitup muka dan cuba ditahan oleh pengawal keselamatan.

"Kejadian berlaku jam 2 petang pada 8 Ogos lalu.

"Setakat ini Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam atau balai lain tidak terima sebarang laporan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!