About Me

Tak masuk akal jika kuari punca banjir


Yan: Kerajaan Kedah menafikan kuari bijih besi di Tupah sebagai punca banjir yang melanda sekitar kaki Gunung Jerai di Merbok, semalam.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bencana itu sebaliknya disebabkan fenomena kepala air yang berpunca dari puncak gunung, manakala kedudukan kuari berkenaan terletak di kaki gunung.

"Sekiranya hendak dakwa kuari ini menyebabkan sumber air yang 'redah' rumah orang ramai, saya rasa tak masuk akal.

"Air itu bermula 200 meter di puncak gunung. Di atas gunung bukan ada apa, tapi ia memang dari sana, saya pun tak tahu bagaimana mereka boleh kaitkan kawasan di kaki gunung mengakibatkan kepala air," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan dua kuari yang beroperasi sejak lebih 10 tahun lalu di Merbok yang menjadi antara punca banjir semalam.

Kuari bijih besi lebih 26 hektar berdekatan Pusat Rekreasi Tupah itu juga dikatakan punca Sungai Tupah cetek sehingga tidak mampu menampung aliran air dari puncak Gunung Jerai.

Terdahulu, Muhammad Sanusi ditemui menyerahkan Faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada waris mangsa bencana itu di Kampung Sedaka, di sini, hari ini.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!