About Me

Suami korban COVID-19, ibu muda reda besarkan anak sendirian


MELAKA: Seorang ibu muda di Kampung Bukit Darat, Tanjung Kling, dekat sini, reda terpaksa membesarkan dua anak bersendirian tanpa suami tercinta yang meninggal dunia akibat COVID-19.

Demam dan batuk yang pada mulanya dianggap gejala biasa wabak berkenaan, tiba-tiba berubah menjadi penyakit amat berbahaya yang menyebabkan kematian Norizuwan Omar, 34.

Isteri arwah, Nurhaffizzah Jamal, 34, berkata suaminya mengalami demam dan batuk yang tidak teruk pada 3 Ogos lalu sebelum menjalani ujian calitan di klinik swasta pada keesokannya dan disahkan positif COVID-19.

"Arwah sekali lagi menjalani ujian sama atas arahan pengurusan kilang tempatnya bekerja di Alor Gajah pada 6 Ogos


dan selepas disahkan positif, kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan arwah menjalani kuarantin kendiri di rumah.

"Dia berkurung dalam bilik, manakala saya dan dua anak perempuan berusia enam dan 10 tahun ketika itu masih belum dipakaikan gelang merah jambu (arahan kuarantin)," katanya.

Nurhaffizzah yang bertugas sebagai jururawat sebuah hospital swasta, berkata pada malam Ahad lalu, arwah mengadu sakit dada dan dia mahu mendapatkan perkhidmatan ambulans, tetapi arwah enggan ke hospital kerana menganggap penyakitnya akan segera lega.

Bagaimanapun, menjelang Subuh, keadaan arwah semakin serius apabila mengalami sesak nafas dan sawan sebelum Nurhaffizzah menghubungi ambulans serta mencuba memberikan pertolongan cemas kepada arwah.

Katanya, Pembantu Perubatan dan jururawat dari Hospital Melaka yang tiba kira-kira jam 6.45 pagi mencuba pelbagai bantuan kecemasan, tetapi Norizuan tetap tidak memberikan tindak balas positif.

Arwah dibawa ke Hospital Melaka dan disahkan meninggal dunia sejurus tiba.

"Saya rasa seakan-akan sukar untuk mempercayai apa yang dialami ketika itu. Arwah tidak bergejala teruk akibat COVID-19 tetapi dalam sekelip mata sahaja pergi meninggalkan saya dan anak yang baru berusia enam serta 10 tahun," katanya.

Dia berkata, arwah pernah berjanji akan membawa mereka bersiar-siar di beberapa lokasi menarik di negeri ini apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat dan pandemik COVID-19 semakin reda, namun tidak akan menjadi kenyataan.

Katanya, jenazah suami dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Darat pada jam 11 pagi kelmarin.

Norhafizah dan dua anaknya mula dipakaikan gelang merah jambu semalam dan menjalani kuarantin kendiri hingga 28 Ogos.

- Berita Harian 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!