About Me

Suami isteri OKU diselamatkan bomba, rumah terbakar


Shah Alam: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menyelamatkan suami isteri Orang Kelainan Upaya (OKU) pekak dan bisu yang terperangkap dalam kebakaran rumah di Kota Kemuning, hari ini.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pasangan berusia 39 dan 31 tahun itu ditemui pasukan penyelamat dalam bilik air di tingkat atas rumah dua tingkat di Jalan Anggerik Malaxis.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.17 pagi dan sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam digegaskan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, pasukan mendapati sebuah rumah dua tingkat terbakar di bahagian bawah.

"Selepas api dipadamkan, dua mangsa iaitu pasangan suami isteri yang berstatus OKU pekak dan bisu diselamatkan dari sebuah bilik air di tingkat atas rumah itu.

"Mangsa wanita mengalami sesak nafas dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, rumah berkenaan didapati terbakar 50 peratus di bahagian bawah dan difahamkan mangsa hanya tinggal berdua.

Katanya, api dipercayai bermula dari tingkat bawah bagaimanapun punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!