About Me

Suami isteri maut tercampak di lebuh raya


Sepang: Tragedi menyayat hati apabila pasangan suami isteri maut serentak sejurus motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah lori.

Dalam kejadian jam 12.05 tengah hari tadi, mangsa dikatakan maut serta merta di lokasi kejadian berhampiran Kilometer (KM) 49.5, Jalan Cyberjaya/Dengkil (Puchong) menghala ke Cyberjaya di sini.

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal dibawa suami mangsa terlanggar bahagian belakang lori rosak yang berhenti di lorong kecemasan.

Menurutnya, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

"Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti waris mangsa.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!