About Me

Sengsara 28,700 keluarga tiada air


KUALA NERUS – Seramai 28,700 keluarga di daerah ini dan Kuala Terengganu hidup dalam keresahan setiap hari selepas mengalami gangguan bekalan air sejak Isnin lalu.

Gangguan disebabkan masalah paip pecah di dasar Sungai Terengganu itu dijangka berlarutan hingga ming­gu depan.

Sebahagian penduduk ditemui mengeluh kerana bantuan daripada Syarikat Air Terengganu (Satu) menerusi tangki septik tidak mencukupi untuk ke­perluan mereka.

Seorang sukarelawan, Anis Asraf Dul Aziz, 30, berkata, dia mengambil inisiatif menghantar bekalan air ke enam taman perumahan di sekitar Gong Badak dan Batu Rakit menggunakan lori miliknya.

“Saya amat bersimpati dengan nasib penduduk yang terputus bekalan air dan memutuskan untuk bercuti daripada kerja sebagai tukang rumah sementara bagi melakukan kerja amal ini.

“Bekalan air tersebut diambil daripada tangki disediakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Tok Jiring di sini,” katanya ketika ditemui di Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak di sini semalam.

Sementara itu, seorang penduduk, Sanariah Ismail, 40, berkata, bantuan daripada orang ramai amat dihargai mereka yang tertekan ekoran masalah gangguan air yang dijangka berlarutan beberapa hari lagi.

Katanya, biarpun bekalan air yang dihantar tidak mampu menampung keperluan hampir 6,000 penduduk Taman Desa Tanjung Damai, namun sedikit sebanyak amat melegakan mereka.

“Sudah tiga hari bekalan air terputus, namun hanya sekali Satu menghantar tangki air untuk kegunaan penduduk.

“Sudah pasti tidak mencukupi, situasi ini memang perit bagi penduduk dan menyukarkan urusan harian kami,” katanya.

- Kosmo 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!