About Me

Rindukan bacaan al-Quran ibu dan bapa


Kuala Lumpur: "Saya hanya mampu mendoakan kedua-dua arwah ibu dan ayah dari jauh.

"Kali terakhir kami bertemu ialah pada November tahun lalu. Selepas ini pasti saya akan rindukan bacaan al-Quran dari kedua-dua mereka," kata Masnita Mansor, 38.

Wanita cacat penglihatan itu diuji hebat semalam apabila kedua-dua insan tersayang itu meninggal dunia selang empat jam selepas dijangkiti Covid-19 bulan lalu.

Hanya kesedihan dan kenangan mengiringi pemergian ibu bapanya, Marianton Wahab, 57, dan Mansor Abdul Hamid, 64, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar semalam.

Masnita berkata, dia dimaklumkan ayahnya dijangkiti Covid-19 pada 20 Julai manakala ibunya beberapa hari selepas itu.

"Saya akan rindukan kasih sayang mereka yang selalu membantu saya, apatah lagi dengan keadaan saya yang begini. Rasa terkilan juga kerana tidak dapat bertemu buat kali terakhir namun saya reda.

"Ketika menerima rawatan, kami ada juga berhubung menerusi panggilan video, walaupun saya tidak nampak tetapi saya dengar suara mereka.

"Sehinggalah beberapa hari lalu, kami tidak berhubung kerana keadaan emak dan ayah sudah kritikal dan semalam saya dihubungi adik memaklumkan ayah sudah tiada jam 6.10 petang. Kemudiannya emak pula pada 10 malam," katanya.

Jenazah ibu dan ayahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Mahang, hari ini.

Harian Metro 17 Jun lalu melaporkan, Masnita yang cacat penglihatan dibantu Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang membawanya ke Pusat Pengambilan Vaksin (PPV).

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!