About Me

‘Rider’ cedera motosikal rempuh pagar selepas dikejar anjing


PETALING JAYA – Gara-gara dikejar anjing sewaktu menghantar makanan, seorang ‘rider’ cedera selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar pagar sebuah rumah, petang semalam.

Kejadian malang itu berjaya dirakam sebuah televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah terbabit sebelum ia tular di laman Facebook Malaysian Crime Watch.

Berdasarkan klip video berdurasi 19 saat itu, motosikal penghantar makanan yang ditunggang secara laju telah melanggar pagar sebuah rumah menyebabkan bahagian hadapan motosikal itu rosak teruk.

Selain itu, kelihatan bahagian badan penunggang itu turut terhentak di pagar tersebut, bagaimanapun tidak dapat dipastikan tahap kecederaan dialaminya.

Pada masa sama, kelihatan dua individu berada di dalam kawasan rumah tersebut, namun kedua-duanya sempat melarikan diri sebelum motosikal melanggar pagar.

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila penghantar makanan terbabit panik selepas dia di kejar anjing ketika sedang menghantar pesanan di kawasan perumahan tersebut. Bagaimanapun, lokasi tepat kejadian tidak dinyatakan.

Susulan tular video klip itu, rata-rata pengguna laman Facebook bersimpati dengan kejadian malang itu dan mendoakan agar penghantar makanan itu tidak mengalami kecederaan parah.

“Allahuakbar kesiannye dia, badan sakit, motor rosak, semoga Allah perluaskan rezeki dan permudahkan urusan awak di muka bumi ini dik,” tulis Kartika Katie SB.

“Adoii sakit tu, nak pelihara apa skali pun jaga elok-elok jangan menyusahkan orang lain, kesian member cari rezeki halal,” ujar Mohd. Norhisham Isenyulong pula. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!