About Me

Remuk hati lihat anak bertarung nyawa


Kuala Lumpur: Remuk hati seorang ibu melihat keadaan anak perempuannya yang diharapkan membantu keluarga selama ini bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) selepas parah disamun tiga lelaki di Jalan Kuching, Khamis lalu.

Lebih menyedihkan Roslinawati Ya, 38, apabila tangan kanan anaknya Siti Nur Azizah Syafriadi, 17, terpaksa dipotong sehingga paras bahu akibat kecederaan yang dialami.

Peniaga dalam talian itu berkata, dia bagaimanapun perlu tabah dan kuat demi anak selain mengharapkan pelaku dihadapkan ke muka pengadilan.

Berkongsi mengenai kejadian menimpa anak sulung daripada lima beradik itu, Roslinawati berkata, dia menerima panggilan pada jam 1 pagi daripada seorang lelaki yang memberitahu Azizah terbabit kemalangan.

"Pada hari kejadian, Azizah keluar menghantar barang kepada pelanggan. Kebiasaannya jam 9 atau 10 malam dia sudah balik rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Beringin, Jinjang.

"Dia ada hantar mesej kepada adik keduanya beritahu akan lambat balik kerana ada barang nak dihantar.

"Pada jam 12 tengah malam, dia mesej lagi sekali beritahu sudah dalam perjalanan pulang. Namun saya dikejutkan pula dengan berita kemalangannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Roslinawati berkata, anaknya kini masih menerima rawatan di ICU Hospital Kuala Lumpur dan dilaporkan stabil.

Katanya, Azizah sudah sedarkan diri semalam serta memberi respon tetapi masih dalam pemantauan rapi.

"Azizah sudah tidak bersekolah dan dialah yang banyak membantu saya menjalankan perniagaan dalam talian untuk menyara keluarga.

"Setiap kali saya pulang ke rumah dari hospital, pasti adik-adiknya bertanya kenapa tak bawa kakak balik. Mereka sangat merindui kakaknya itu yang sangat ceria dan mesra.

"Rumah seakan sunyi sejak Azizah dimasukkan ke hospital," katanya.

Ditanya mengenai tawaran guaman oleh Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak untuk membela nasib anaknya itu, Roslinawati menerimanya dengan hati terbuka dan turut berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan serta menghulurkan sumbangan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!