About Me

Polis siasat video ritual tolak bala


Bagan Datuk: Polis menjalankan siasatan terhadap rakaman video ritual pembersihan diri untuk menolak bala terhadap enam beranak bersama seorang sami hingga mendatangkan kecederaan di sebuah kuil di belakang rumah di Selekoh, Rungkup, di sini.

Rakaman video yang tular di laman sosial sejak semalam memaparkan ritual seorang sami dilihat memukul enam beranak iaitu seorang lelaki berusia 54 tahun bersama isterinya, 48 tahun serta empat anak mereka berusia 15 tahun hingga 25 tahun dengan rotan yang diikat dengan kain merah.

Abang lelaki tersebut dikatakan membuat laporan polis selepas tidak berpuas hati dengan tindakan sami tersebut yang didakwa berniat mencederakan keluarga adiknya.

Bagaimanapun, adiknya menafikan perkara itu dan membuat laporan polis mendakwa ritual itu adalah dengan kerelaan mereka sendiri dengan sami yang sudah dikenali.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, upacara itu hanya dihadiri keluarga mangsa sahaja tanpa orang lain dan sami terbabit adalah anak angkat mangsa.

Menurutnya, ketika upacara itu, sami berkenaan membaca mantera dan kemudiannya memukul beberapa kali badan mangsa, anak lelaki sulung dan isteri mangsa menggunakan rotan panjang.

"Mangsa, isterinya dan anak sulung mengalami kecederaan dan mereka diminta ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut.

"Sami yang melakukan ritual berkenaan adalah anak angkat mangsa yang sudah dijaganya sejak bekerja dengannya sebagai pemandu lori, enam tahun lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat abang kandung mangsa yang meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan merangkumi segala aspek berkenaan ritual dilakukan sami berkenaan jika ada niat dengan sengaja untuk mencederakan keluarga adiknya.

"Mangsa juga membuat laporan polis bagi mengelakkan salah faham orang ramai berkenaan ritual itu susulan penyebaran video.

"Kita menahan sami berkenaan dan merampas rotan di hadapan kuil milik mangsa pada 10.20 pagi, hari ini untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan sudah memanggil semua saksi yang berada di tempat kejadian.

"Kita akan mengesan perakam video berkenaan dan akan menyiasat segala aspek berkenaan ritual tersebut," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!