About Me

Polis Kedah pantau individu kuarantin di rumah


SIK: Polis Kedah melakukan pemantauan berkala tiga kali sehari di kawasan penempatan individu yang dikuarantin di rumah, dalam usaha mengekang peningkatan kes COVID-19 di negeri ini sejak sebulan lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya mewujudkan beberapa pasukan untuk mengawal selia mereka yang dikuarantin di rumah.

Beliau berkata, pasukan itu akan melakukan pemantauan di sebelah pagi, petang dan malam untuk pastikan mereka kekal berada di rumah.

"Setakat 20 hari pemantauan ini dijalankan, hanya seorang sahaja individu yang memakai gelang merah jambu di Baling di kesan keluar ke tempat awam," katanya ditemui selepas menyampaikan bantuan barangan keperluan menerusi' Ops Bantu ' kepada golongan yang memerlukan di sekitar daerah Sik, hari ini.


Beliau berkata, pihak polis mensasarkan sebanyak 100 keluarga di Sik akan menerima bantuan berkenaan menerusi pasukan polis yang ditugaskan.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman, berkata pihaknya sangat mengharapkan kerjasama masyarakat untuk menjadi mata dan telinga pihak berkuasa sekiranya terdapat individu yang melanggar perintah kuarantin.

Ditanya mengenai sikap segelintir kontak rapat kes positif COVID-19 yang 'liat' untuk melakukan ujian saringan, beliau menasihatkan mereka segera berbuat demikian dan memberi kerjasama kepada petugas kesihatan.

"Pergi buat ujian saringan COVID-19, kita sekarang dalam fasa untuk mengurangkan kadar jangkitan COVID-19.

"Selepas buat ujian saringan, pergi lah tunaikan tanggunggjawab untuk terima suntikan vaksin pula sekiranya sudah mempunyai tarikh temu janji, insya-Allah mengikut pengalaman doktor, sekiranya sudah divaksin dan dijangkiti, kita hanya berada dalam kategori pertama dan kedua sahaja," katanya.

- Berita Harian 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!