About Me

Polis cari sekumpulan lelaki terbabit kes gaduh bersenjata


Kajang: Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang bergaduh di Flat Sri Tima di sini, semalam.

Video rakaman berdurasi 1 mini 32 saat itu memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki tular di media sosial sejak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pergaduhan berkenaan menggunakan senjata dipercayai besi dan senjata tajam.

"Punca kejadian masih lagi dalam siasatan, pihak polis kini sedang mengesan individu yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Norhafiza Borhan di talian 03-89114222," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!