About Me

Polis bantu Orang Asli dapat pujian ramai


PETALING JAYA – ‘Polis dan masyarakat berpisah tiada’, istilah yang selalu kita dengar dan ternyata ia benar-benar dipraktikkan oleh anggota keselamatan itu.

Satu klip video yang tular di media sosial ketika ini menyaksikan dua anggota polis daripada unit rondaan (MPV) negeri Johor membantu seorang lelaki bersama anaknya yang berusia setahun.

Difahamkan kejadian yang berlaku di Perling itu melibatkan dua anggota polis, Lans Korperal Ibrahim Mohamed Zan dan Lans Korporal Aiman Fikri Zakaria semasa membuat rondaan telah terserempak dengan seorang lelaki bersama seorang anak berusia lingkungan setahun duduk di tepi jalan kerana telah kehabisan minyak motosikal.

Paling menyedihkan apabila diketahui lelaki tersebut yang merupakan Orang Asli dikatakan tidak mempunyai wang untuk membeli minyak motosikal tersebut.

Dua anggota MPV itu kemudian telah ke sebuah stesen minyak untuk membawa bekalan petrol bagi membantu lelaki terbabit dan difahamkan juga telah memaklumkan kepada penyelia mereka untuk mendapatkan sebarang bantuan yang sepatutnya.

Pegawai dan anggota lain yang berada di lokasi berdekatan turut membuat kutipan kilat untuk diberikan kepada lelaki tersebut.

Orang ramai yang melihat video tersebut tersentuh hati apabila melihat anggota terlibat membawa anak lelaki itu yang menangis bersama mereka ke rumahnya di Masai.

“Allahu, sungguh besar pengorbanan yang dilakukan oleh dua anggota polis ini. Diharapkan pengorbanan dan bantuan ini terus menjadi ikutan anggota-anggota lain. Ini baru polis sebenar,” jelas Syazwan Akmal.

“Bukan hanya menjaga keamanan kita semua yang lena dibuai mimpi, mereka berkorban tinggal anak bini. Tapi orang kita langsung tak hormat pada Polis sekarang ini. Lihat sendiri video ni baru kita faham,” ujar Eser_y16. 

-K! ONLINE.

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!