About Me

PM romantik, bahagia dapat isteri susah senang bersama


PETALING JAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluahkan rasa syukur dan terharu terhadap isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin yang sanggup bersamanya di saat susah dan senang.

Ucapan romantis itu diluahkan Perdana Menteri di dalam status terbaharu di laman Facebook setengah jam sebelum beliau meninggalkan rumahnya di Tropicana Golf and Country Resort di sini untuk ke Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

“Isteri saya seorang yang sentiasa ada di sisi saya sejak berkawan dengan dia daripada saya berumur 19 tahun. Saya menyertai politik pada tahun 1986, pada umur 26 tahun dan waktu tu kami baru saja mendirikan rumah tangga.

“Nani (Muhaini) adalah seorang yg sangat simple dan sentiasa tak mahu berada di bawah spotlight, sebab tu jarang sangat nampak dia. Terima kasih Ni, sebab sentiasa ada di sisi Sabri. Daripada Sabri tak ada apa-apa sehingga lah ke hari ni. Susah senang bersama,” katanya.

Ismail Sabri dijangka memberikan ucapan perdana pada pukul 3 petang ini sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri semalam. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!