About Me

Pesakit mental kelar, tikam bapa direman tujuh hari


BACHOK – Seorang lelaki pesakit mental yang dipercayai mengelar dan menikam bapanya di rumah mereka di Jalan Depan Pasar Bachok di sini semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga Selasa depan terhadap lelaki berusia 28 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Dinie Syazwan Ab. Shukor di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan membunuh.

Suspek yang berpakaian lokap berwarna ungu tiba di mahkamah sambil diiringi polis pada pukul 9.10 pagi tadi kelihatan tenang ketika dibawa masuk ke bilik saksi.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang pesakit mental mengamuk sebelum bertindak mengelar bapa sendiri selepas berang mendengar tangisan anak saudaranya di rumah mereka.

Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu menyebabkan mangsa, Azmail Mohd. Salmon, 66, cedera pada bahagian leher, kepala, telinga, tapak tangan dan lengan selepas anak lelakinya mengelarnya dengan pisau pemotong sayur. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!