About Me

Penyamun larikan empat dulang barang kemas


Kuala Lumpur: Dalam masa seminit sahaja, empat lelaki bersenjatakan kapak dan tukul melarikan empat dulang barang kemas di sebuah kedai emas di Taman Usahawan, Kepong, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian 5.30 petang itu, seorang daripada suspek berlagak seperti pelanggan dan berpura-pura mahu mengimbas kod QR MySejahtera sebelum memasuki premis.

Katanya, pekerja wanita kedai itu kemudian menghampirinya untuk memeriksa namun, tiba-tiba tiga lagi lelaki datang dan menolak mangsa sehingga terjatuh serta pengsan.

"Mereka memakai topi keledar dan pelitup muka bertindak agresif dengan cuba memecahkan cermin di kaunter tetapi gagal.


"Suspek kemudian beralih ke bahagian almari yang mengandungi rantai leher dan memecahkan cermin almari itu. Mereka berjaya masuk ke bahagian kaunter selepas almari itu dipecahkan," katanya yang ditemui.

Beh berkata, suspek kemudian mengambil tiga dulang di bahagian kaunter berisi rantai tangan emas dan satu dulang rantai leher di dalam almari.

"Kejadian itu berlaku dalam seminit dan mereka melarikan diri dengan menunggang dua motosikal yang diletakkan di hadapan kedai.

"Dalam kejadian itu tiada mangsa yang mengalami kecederaan, sebaliknya seorang pekerja pengsan selepas ditolak suspek," katanya.

Menurutnya, pihaknya meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis bagi mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil membantu siasatan.

"Nilai kerugian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!