About Me

Penunggang warga emas maut dirempuh SUV


KAMPAR – Seorang lelaki warga emas maut setelah motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 36.8, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Pekan Kampar di sini hari ini.

Mangsa, Meng Keng Chin @ Mun Kin Ching, 80, yang menunggang motosikal Honda C70 parah dan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 9.25 pagi.

“SUV jenis Honda CRV dipandu lelaki berusia 69 tahun itu dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh.

“Setiba di tempat kejadian, motosikal mangsa secara tiba-tiba keluar dari Simpang Jalan Ampang menuju ke arah Pekan Kampar menyebabkan ia gagal dielak dan dirempuh,” katanya di sini hari ini.

Mangsa yang cedera parah disahkan maut dan mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala pemandu kereta pula tidak cedera.

Kata Hasron Nazri, siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan mangsa menunggang motosikal secara cuai semasa keluar simpang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!