About Me

Penjara 10 tahun, padah melakukan perbuatan tak senonoh pada warga emas dengan jari


MELAKA: Padah mencabul seorang wanita berusia 77 tahun secara menjolok kemaluan mangsa dengan jari, menyebabkan seorang tukang kebun warga Indonesia terpaksa merengkok dalam penjara selama 10 tahun dengan satu sebatan selepas dihukum Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen, Maziah Joary Mohd Tajudin, menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Firmus Nahak, 41, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pencabulan seksual (secara memasukkan jari dalam kemaluan) dan mencederakan mangsa berusia 77 tahun itu yang juga penghuni sebuah pusat jagaan.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di pusat jagaan warga emas yang terletak di Melaka Tengah di sini, kira-kira jam 12.30 malam pada 19 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 377CA, Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 30 tahun serta sebatan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Wahidah Mohamad, memohon hukuman penjara yang panjang sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam, selain mengambil kira faktor mangsa adalah warga emas.

Maziah Joary pada penghakimannya memerintahkan tertuduh dikenakan satu sebatan dan dipenjara 10 tahun bermula dari tarikh ditangkap pada 19 Ogos.


- Berita Harian 


LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!