About Me

PENGHANTAR MAKANAN PATAH PEHA DIHEMPAP POKOK TUMBANG


KOTA TINGGI, JOHOR - Seorang penghantar makanan patah kaki selepas dihempap pokok yang tumbang dalam kejadian hujan lebat di Jalan Besar Pekan Telok Sengat, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kejadian jam 3 petang itu melibatkan seorang lelaki berusia 23 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC.

Kejadian itu turut melibatkan sebuah kereta Perodua Axia dipandu seorang warga emas berusia 61 tahun yang mengalami kemek di bahagian hadapan kiri.

"Ketika kejadian, pemandu kereta itu dalam perjalanan dari arah Jalan Besar ke Pekan Teluk Sengat. Ketika itu, keadaan cuaca hujan dan angin kuat.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba sebatang pokok besar telah tumbang dan menghempap sedikit bahagian hadapan sebelah kiri keretanya.

"Pada masa sama sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki dari arah Pekan Telok Sengat menuju ke Jalan Besar turut dihempap oleh pokok tersebut menyebabkan dia mengalami kecederaan disyaki patah bahagian paha kiri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hussin berkata, Ketua Polis Balai Telok Sengat bersama-sama anggotanya turut bergegas ke tempat kejadian dan membuat kawalan lalu-lintas serta memberikan bantuan kecemasan di tempat kejadian.

Mangsa ketika itu terbaring di atas jalan raya bersama motosikal dalam keadaan dihempap dahan-dahan pokok yang tumbang.

Ambulans dan anggota Angkatan Pertahanan Awam dihubungi bagi memberikan bantuan kecemasan.

"Ketua Polis Balai Telok Sengat telah mendapatkan bantuan penduduk kampung untuk memotong dahan-dahan pokok yang tumbang yang telah menghalang laluan di atas jalan raya bagi menyelamatkan mangsa.

"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Daerah Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan dan keadaan mangsa dilaporkan stabil," katanya.



LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!