About Me

Penghantar makanan OKU maut kemalangan


Kuala Nerus: Remaja lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU) maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas sebelum dirempuh sebuah kereta di Jalan Kampung Pak Katak di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 12.05 tengah hari itu, Nik Muhammad Haikal Nik Zulkifli, 18, yang pekak dan bisu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Batu Enam menghala ke lampu isyarat Semarak di sini.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha NVX dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar sebatang pokok di pembahagi jalan.

Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak ke laluan bersebelahan sebelum dirempuh sebuah kereta Perodua Kancil dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun yang tidak sempat mengelak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!