About Me

Pengasas Rumah Bonda didakwa


Kuala Lumpur: Pengasas Rumah Bonda didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan mengabaikan sehingga menyebabkan remaja perempuan Sindrom Down mengalami kecederaan fizikal dan emosi antara Februari hingga Jun lalu.

Tertuduh, Siti Bainun Ahd Razali, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga remaja berkenaan mengabaikan sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Siti Bainun didakwa melakukan perbuatan itu di rumah di Seksyen 10, Wangsa Maju, di sini, antara Februari hingga Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Kes berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Shakira Aliana Alias, manakala tertuduh diwakili peguam, Aminahtul Mardiah Md Nor.

Noor Shakira kemudian menawarkan jaminan RM20,000 terhadap Siti Bainun dengan memohon syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan dan melapor diri sekali setiap bulan di balai polis berhampiran.

Dalam rayuannya, Aminahtul Mardiah memohon mahkamah untuk mengurangkan jumlah jaminan memandangkan tertuduh memberi kerjasama sepanjang proses siasatan selain mahu membersihkan namanya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Izralizam menetapkan jumlah jaminan terhadap Siti Bainun sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin.

Izralizam turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri sekali setiap bulan di balai polis berhampiran.

Mahkamah menetapkan 4 Oktober ini sebagai tarikh sebutan kes untuk penyerahan dokumen.

Pada 6 Julai lalu, media melaporkan remaja perempuan sindrom Down disyaki didera di rumah penjagaan di Wangsa Maju, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff dipetik berkata, mangsa mengalami kesan melecut di dada, tangan, leher dan paha selain kesan luka di bahagian badan lain.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!