About Me

Pengasas Rumah Bonda didakwa esok


Kuala Lumpur: Pengasas Rumah Bonda akan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, esok atas pertuduhan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

"Beliau (pengasas rumah bonda) akan didakwa pada 20 (Ogos) ini mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, pengasas rumah berkenaan, Siti Bainun Ahd Razali memfailkan permohonan untuk mendapatkan semula lima anak angkatnya yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Siti Bainun, 29, dan empat ibu kandung anak angkatnya memfailkan permohonan itu melalui notis secara bersama di Mahkamah Majistret di sini, pada 2 Ogos lalu menerusi Tetuan Chambers of Aminahtul Mardiah dengan menamakan JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai responden.

Pada pertengahan Julai lalu, media melaporkan seorang wanita yang juga pengasas Rumah Bonda ditahan polis selepas hadir di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes penderaan seorang remaja orang kurang upaya (OKU).

Polis juga memohon supaya wanita itu ditahan reman bagi membantu siasatan kes itu, bagaimanapun Mahkamah Majistret menolak permohonan itu berikutan ia dilakukan melebihi tempoh 24 jam dari wanita itu ditahan.

Remaja yang mengalami sindrom Down berusia 13 tahun yang dikenali dengan nama Bella dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota.

Berikutan itu, rumah kebajikan itu turut disita melalui perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 5 Julai lalu.

Pelindung Unit Kanak-Kanak JKM turut mengambil tindakan terhadap enam kanak-kanak dengan mengeluarkan mereka daripada rumah kebajikan itu.

Kisah menyayat hati itu mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib Bella dan mewujudkan tanda pagar #justiceforBella di media sosial.

Remaja berkenaan kini ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah di Seremban, Negeri Sembilan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!