About Me

Penduduk kampung cekup 13 PATI baru mendarat


Tawau: Cubaan 13 pendatang asing tanpa izin (Pati) menyusup masuk ke negara ini gagal apabila mereka ditahan penduduk Kampung Batu Payung dekat sini, sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, penduduk kampung terdiri daripada Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dan Jabatan Sukarelawan (RELA) mengesan dua kenderaan mencurigakan dinaiki Pati terbabit yang disyaki baru mendarat di kawasan Pantai Batu 12, Jalan Batu Payung di sini.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, turut ditahan dua tekong warga tempatan masing-masing berusia 28 tahun.

Beliau berkata, terdahulu pihaknya menerima maklumat berkaitan tangkapan itu daripada ketua KRT kampung berkenaan sebelum sepasukan anggota Op Cegah Pati (OCP) Daratan ESSCOM yang sedang menjalankan rondaan Op Cegah Pati digerakkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, pasukan keselamatan memeriksa kereta Proton Saga dan Toyota Vios serta mendapati tujuh lelaki bersama lima wanita termasuk seorang kanak-kanak perempuan berada di dalam kedua-kedua kenderaan terbabit.

"Pemeriksaan lanjut bagaimanapun mendapati kesemua mereka yang berumur antara dua hingga 49 tahun tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah untuk memasuki negara ini," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Ahmad Fuad berkata, hasil soal siasat lanjut mendapati kesemua mereka mengaku baru tiba dari Sungai Nyamuk, Indonesia dengan menaiki bot menggunakan laluan yang tidak sah.

Selain itu katanya, kedua-dua tekong darat yang bertindak sebagai pemandu kenderaan berkenaan mengaku mengambil Pati terbabit yang baru tiba sebelum dibawa ke lokasi tujuan masing-masing.

"Kesemua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 55(E) dan Sekyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63", katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fuad turut merakamkan penghargaan dan memuji tindakan penduduk kampung yang menjadi mata dan telinga pihak berkuasa selain membantu pasukan keselamatan dalam usaha mengekang kemasukan Pati secara haram ke daerah ini.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!