About Me

Pendaki meninggal dunia di Bukit Apex, Cheras Hartamas


Kuala Lumpur: Pendaki ditemukan meninggal dunia ketika mendaki bukit berhampiran Stesen 6 Bukit Apex, Cheras Hartamas, di sini, hari ini.

Lelaki berusia 60 tahun itu ditemui pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 11.05 pagi memaklumkan seorang lelaki tidak sedarkan diri di atas bukit yang terletak kira-kira satu kilometer dari kaki bukit berkenaan.

"Bertindak atas maklumat itu, sebuah jentera dengan kekuatan tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah dikejarkan ke lokasi.


"Sebaik tiba, anggota segera memulakan pendakian bagi menyelamatkan mangsa. Mangsa berjaya ditemui dan dibawa turun menggunakan alat pengusung sehingga ke kaki bukit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya operasi ditamatkan sepenuhnya 2.12 petang.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!