About Me

Pemandu treler rentung


Johor Bahru: Pemandu treler berusia 39 tahun rentung dalam kemalangan di Kilometer 145.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat Bukit Gambir, Tangkak, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Mohd Farizan Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 7.36 pagi.

Katanya, kebakaran membabitkan sebuah treler tanpa muatan.

"Terdapat seorang mangsa, Aminrullrashed Azman, 39, iaitu pemandu treler.

"Operasi pemadaman mengambil masa kira-kira 40 minit. Mangsa didapati berada di bahagian bawah tempat duduk penumpang selepas kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas ke pembahagi jalan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Katanya, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!