About Me

Pemandu maut, lori pembancuh simen terbalik


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas lori pembancuh simen yang dipandunya terbabas dan terbalik ketika membuat pusingan U di jejambat pusingan U, Lebuh Raya Bukit Jalil dari arah Puchong di Bukit Jalil di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 40 tahun itu cedera di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, siasatan awal mendapati lori pembancuh simen itu dalam perjalanan ke sebuah tapak pembinaan.

“Kejadian berlaku apabila lori itu hilang kawalan ketika mahu membuat pusingan U sebelum terbabas dan merempuh batu penghadang di kiri jalan.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan lori terbalik dan mangsa tersepit,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H. S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana- mana balai polis berhampiran. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!