About Me

Pemandu lori maut, nahas dua kenderaan


SEREMBAN – Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terbabas ke laluan bertentangan dan kemudian melanggar sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Persiaran Negeri, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah lori satu tan yang dipandu seorang lelaki berumur 25 tahun dalam perjalanan menghala ke Nilai dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Katanya, lori berkenaan telah hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 22 tahun.

“Akibat kemalangan, mangsa pemandu kereta mengalami kecederaan di kepala dan dibawa ke Nilai Medical Center untuk menerima rawatan

“Pemandu lori yang cedera parah di kepala disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan di sini. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!