About Me

Pemandu dihempap tembok batu


Petaling Jaya: Pemandu jentera pengorek dikhuatiri maut selepas dihempap tembok runtuh di tapak pembinaan berhampiran Flora Damansara, Jalan PJU 8, Damansara Perdana, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.44 pagi.

"Lapan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat seorang lelaki warga Bangladesh berusia 32 tahun dihempap tembok dan dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, operasi menyelamat mangsa sedang dijalankan pihak bomba dengan bantuan kren.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi, hari ini, mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, keadaan mangsa masih belum dapat dipastikan dan kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan oleh pihak bomba di lokasi.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!