About Me

Pekerja pusat kebajikan didakwa lakukan amang seksual, rogol kanak-kanak


Johor Bahru: Pekerja pusat kebajikan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Mei lalu.

Tertuduh, Sal Kim Kok, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas empat pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual di dalam rumah kebajikan di Taman Century, di sini, sekitar Mei lalu.

Kim Kok didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.


Tertuduh juga didakwa atas pertuduhan merogol di lokasi sama dengan pendakwaan mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Chan Choon Yew manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Choon Yew dalam hujahnya memohon tiada jaminan diberikan kepada tertuduh yang pecah amanah kerana risau terdapat gangguan dan trauma kepada mangsa yang masih berada di rumah kebajikan terbabit.

Tertuduh bagaimanapun memohon supaya jaminan diberikan kerana mempunyai tanggungan dua anak.

Mahkamah memutuskan tiada sebarang jaminan dibenarkan terhadap tertuduh, selain menetapkan 22 September depan bagi sebutan semula kes.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!