About Me

Parah ditetak di pasar malam


Nibong Tebal: Operator kilang parah ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian di pasar malam Taman Merak Simpang Ampat, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 7 malam itu, mangsa berusia 25 tahun pergi ke pasar malam itu sebelum singgah di sebuah gerai untuk membeli laksa.

Bagaimanapun, tiba-tiba dia didapati melarikan diri apabila dikejar enam lelaki tidak dikenali sebelum ditetak di bahagian belakang kepala dan kedua-dua tapak tangan, selain kedua-dua belah paha kakinya ditoreh dengan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, saksi memaklumkan dia ternampak mangsa berlari masuk ke dalam kawasan perniagaan tapak pasar malam sambil dikejar beberapa lelaki yang memakai baju lengan pendek dan bersarung muka.

"Saksi melihat mangsa ditetak di tepi jalan semasa berlari dan mangsa terjatuh ke bawah dan terus diserang kumpulan suspek itu.

"Mangsa dalam keadaan kritikal akibat kehilangan darah yang banyak dan dia tidak dapat ditemubual dengan jelas semasa di hospital," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Terdahulu, insiden berkenaan tular di media sosial apabila orang ramai berkongsi rakaman video memaparkan keadaan mangsa terbaring dan berlumuran darah selepas ditetak.

Dalam pada itu, Lee berkata, tiada kamera litar tertutup (CCTV) ditemui di lokasi kejadian dan lanjut masih dijalankan berhubung kes itu.

Beliau berkata, mangsa yang pada mulanya dirawat di Hospital Sungai Bakap (HSB) dipindahkan Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!