About Me

Panggilan tak bersahut, abang ipar ditemui mati


TAMPIN – Risau panggilan telefon tak bersahut, seorang lelaki nekad menghubungi polis bagi membantunya melihat keadaan abang iparnya di dalam sebuah rumah di Taman Gunung Mas, di sini, malam semalam.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa, bekas pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi, Mohsin Mohd. Ghazali, 54, ditemui mati tergantung di dalam rumah berkenaan.

Menurut adik iparnya, Abdul Rahman Ishak, 54, dia pada mulanya telah menghubungi abang iparnya itu pada waktu petang setelah isterinya mengadu tidak dapat menghubungi mangsa sejak dari pagi lagi.

“Jadi dekat nak senja saya datang ke rumah ini dan saya lihat dalam rumah gelap sahaja. Saya bagi salam tapi tak berjawab. Saya panggil dua kali tapi tak disahut juga. Jadi saya balik untuk solat Maghrib dahulu.

“Pukul 8 malam, saya datang sini balik dan meminta bantuan rakan tapi kami tetap tak dapat lihat ke dalam rumah. Saya terus menghubungi polis kerana bimbang sesuatu berlaku pada abang,” katanya ketika ditemui di Taman Gung Mas, di sini, malam semalam.

Abdul Rahman berkata, abang iparnya itu mengalami masalah kemurungan dan keadaan bertambah buruk apabila bercerai pada Mei lalu.

- K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!