About Me

Nenek terbiasa berlapar, minum teh berusia empat hari


JAKARTA – Seorang wanita warga emas yang hidup susah menyatakan bahawa dia bertahan hidup dengan berlapar dan minum air teh berusia empat hari, lapor laman Merdeka.com kelmarin.

Wanita bernama Sunimah itu hidup sebatang kara dan telah kehilangan suami sejak 20 tahun lalu. Dia juga tidak mempunyai anak atau cucu.

Sunimah kini hanya bertahan hidup dengan menumpang tinggal di rumah orang lain yang keadaannya sudah hampir roboh.

Akaun Instagram @rumahyatim yang berkongsi kisah Sunimah berkata, wanita itu hanya mampu melakukan kerja menjemur kerak nasi kerana tubuhnya sudah tidak mampu melakukan pekerjaan berat yang lain.

“Nenek sudah terbiasa lapar, namun kadangkala ada jiran tetangga yang akan memberikan makanan kepada nenek,” katanya.

Sekiranya tiada jiran yang memberikannya makanan, Sunimah akan berpuasa kerana menurutnya, itu lebih baik daripada meminta-minta.

Wanita itu juga akan menyimpan air teh sehingga empat hari dan akan meminumnya sedikit demi sedikit supaya ia bertahan lama.

Kisah nenek Sunimah membuatkan netizen bersedih dan mahu membantu nenek itu.

“Di mana (lokasi) ini?,” tulis seorang netizen.

“Semoga nenek sentiasa diberikan ketabahan dan kekuatan untuk terus berjuang ya. Tuhan melihat, Tuhan tidak pernah tidur,” tulis seorang lagi netizen.

- Kosmo 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!