About Me

Nenek dituduh culik kanak-kanak diikat, diheret penduduk


JAKARTA – Seorang warga emas diikat tangan, diheret dan diherdik oleh penduduk tempatan kerana dituduh menculik kanak-kanak, lapor Suara.com, semalam.

Menerusi rakaman yang tular di media sosial, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Pasar Limboto, wilayah Gorontalo, Pulau Sulawesi, baru-baru ini.

Wanita berpangkat nenek itu kelihatan sugul dan membisu saat diheret, malah tudung yang dipakainya juga ditarik oleh orang ramai yang kedengaran memaki hamun dirinya menerusi rakaman tersebut.

Ketua Polis Bahagian Hubungan Masyarakat Gorontalo, Inspektor Mohammad Nauval Seno mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu suspek sudah berada dalam tahanan mereka.

“Ada penduduk yang mendakwa wanita itu mengalami gangguan jiwa dan bertindak menculik anak-anak kecil milik penduduk tempatan.

“Bagaimanapun, setakat siasatan awal, tiada bukti yang menunjukkan suspek melakukan perbuatan itu,” jelas Mohammad Nauval.

Tambahnya, identiti wanita itu belum diketahui dan pihak polis sedang menunggu ahli keluarganya untuk datang dan mengesahkan keadaan sebenarnya. 

- Kosmo 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!