About Me

Najman, isteri dan dua anak positif COVID-19


KUALA LUMPUR: Bekas penyampai radio Sinar FM, Najman Mohamed, 51, disahkan positif COVID-19 tahap empat, semalam.

Menerusi perkongsian dalam laman Facebook (FB), Najman memaklumkan dirinya positif selepas menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR).

Najman kini sedang menjalani rawatan di Hospital Pakar Puteri (KPJ), Johor Bahru menggunakan bantuan oksigen berikutan tekanan yang rendah.

Selain Najman, isteri, Hawa Atan dan dua cahaya mata, Amirul Akidd dan Amirul Akiff turut disahkan positif.

Sebelum ini, isterinya yang berada pada tahap empat, namun semakin pulih dan mungkin dibenarkan keluar hospital. Manakala, dua anaknya hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah.

"Saya kini memerlukan bantuan oksigen kerana sudah berada pada tahap empat, manakala isteri beransur pulih. Insya-Allah, sekiranya tiada apa-apa, isteri dibenarkan keluar hospital, esok," katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, katanya, awalnya, dia hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Namun, katanya, dia mula rasa tidak sedap badan ketika menjalankan senaman paru-paru pada Isnin lalu, kemudiannya dimasukkan ke hospital pada sebelah petang.

"Sebaik sampai di hospital, saya dikehendaki menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan ujian sinar-X, kemudiannya disahkan berada pada tahap tiga.

"Isteri dimasukkan ke hospital pada minggu lalu pula berada pada tahap empat dan memerlukan bantuan oksigen berikutan tahap oksigen yang tidak stabil," katanya.

Bagaimanapun, Najman berkata, tahap oksigen semakin merosot di bawah paras 95 peratus pada Jumaat lalu. Atas nasihat doktor, saya kehendaki menggunakan oksigen.

"20 Ogos, 12.15 tengah malam, demam melampau. 'Level' oksigen di bawah 92. Atas nasihat doktor, guna oksigen.

"Ya Allah, sembuhkan penyakit hamba mu Ya Rabb.. C19 fighter.." tulis Najman dalam FB.

Pada Julai lalu, Najman kehilangan adik, Azman Mohamed, 45, dan isterinya, Norashima Ramli, 44, akibat COVID-19.

Pasangan berkenaan meninggalkan tiga cahaya mata berusia lima hingga 21 tahun yang turut disahkan positif.

Beberapa hari sebelum adik dan isterinya meninggal dunia, dia kehilangan seorang sepupu yang turut menjadi mangsa COVID-19.

- Berita Harian 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!