About Me

“Mereka bukan mahu jaga rakyat, sibuk kejar pangkat”


PETALING JAYA – Rakyat negara ini berasa berbelah bahagi apabila berita mengenai Perdana Menteri (PM) bakal meletakkan jawatan esok menjadi perbualan hangat.

Tinjauan Kosmo! di beberapa platform media sosial mendapati, rata-rata pengguna meluahkan rasa terkejut dengan khabar perletakan jawatan serta turut bersedih dengan pergolakan politik yang berlaku semasa negara kini dilanda wabak Covid-19.

“Petugas barisan hadapan tengah sibuk lawan Covid-19, ahli politik sibuk lawan siapa nak jadi PM,” kata Amin.

“Kalau betul abah lepaskan jawatan PM, semoga lepas dia letak jawatan ini Agong yang handle (kawal) semuanya sampai keadaan pulih,” kata Cacanana.

“Macam-macamlah degan isu kemelut politik. Tiada penghujung, kes Covid-19 belum selesai lagi,” kata Nasrul.

“Rakyat sangat berharap Agong sendiri yang ambil alih untuk tadbir Malaysia ketika ini. Tak mahu sesiapa ahli politik lain yang jadi pemimpin ketika ini. Kerana mereka bukan mahu jaga rakyat tapi sibuk kejar pangkat,” luah Mieeya.

Susulan berita perletakan jawatan itu juga, ada rakyat yang meluahkan tidak mahu keluar mengundi sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan kelak kerana kecewa dengan keadaan politik negara.

“Apa nak jadilah, dah elok Tan Sri Muhyiddin jadi PM, semula gila kuasa. PRU nanti aku malas nak pergi mengundi, buang masa,” kata Paan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan satu pengumuman besar berkenaan kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berlaku esok.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof selepas Mesyuarat Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Publika hari ini. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!