About Me

Melecur separuh badan bengkel meletup

TUMPAT – Seorang pemilik bengkel motosikal melecur separuh bahagian badannya selepas terkena percikan minyak hitam dalam kejadian kebakaran di Kampung Gerong di sini semalam.

Mangsa, Mohamad Azmi Deraman, 53, mengalami kecederaan itu ketika dia cuba untuk menyelamatkan dua buah motosikal pelanggan dan beberapa barangan lain selepas bengkelnya terbakar sebelum meletup kira-kira pukul 9.45 malam.

Anak mangsa, Mohamad Haziq,19, sewaktu kejadian, dia bersama ayah dan keluarganya sedang beristirahat selepas menutup operasi bengkel yang berada di belakang rumah pada sebelah petang.

Katanya, bagaimanapun, mereka sekeluarga dikejutkan dengan jeritan orang awam yang memaklumkan bahawa kebakaran berlaku dari bahagian dalam bengkel.

“Ayah terus bergegas keluar dari rumah dan cuba menyelamatkan dua buah motosikal pelanggan yang dibaiki dan beberapa barangan lain. Kami sempat menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan kebakaran yang masih kecil ketika itu.

“Api semakin marak menyebabkan saya keluar dan pergi ke kedai runcit berhampiran untuk mengambil alat pemadam api yang lebih besar sebelum terdengar bunyi letupan dari dalam bengkel,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini. 

– K! ONLINE.

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!