About Me

Mayat 'misteri' terbaring atas kereta


Sepang: Dirempuh sebelum ditemui mati 'tersadai' di atas bumbung kereta. Itu nasib seorang pejalan kaki lelaki yang maut sejurus dilanggar kereta di Kilometer 1.3, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) di sini, tadi.

Dalam kemalangan jam 12.15 tengahari itu, mangsa dipercayai warga negara India tanpa dokumen pengenalan diri mati serta merta di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta Proton Perdana yang melanggar pejalan kaki terbabit.

Beliau berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu di lorong kanan itu terlanggar mangsa yang melintas jalan secara mendadak.

Katanya, kejadian itu menyebabkan pemandu kereta berusia 30-an tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa menyebabkan mangsa terpelanting ke atas bumbung kenderaan.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!