About Me

Mayat mangsa kelima tragedi kepala air ditemukan


Yan: Mangsa kelima tragedi kepala air yang berlaku Rabu lalu, ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Batu Hampar di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) 4 dan SAR 6 berjaya menemui mangsa kelima yang juga bekas imam, Ku Shuib Ku Abdullah, 91, di bawah timbunan kayu pada jam 3.23 petang.

Beliau berkata, mayat berjaya dikeluarkan pada jam 3.28 petang dan jasad masih dalam keadaan baik.

"Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Usaha mencari seorang lagi mangsa masih diteruskan di sekitar Batu Hampar dan Titi Hayun," katanya ketika ditemui di lokasi.

Mayat yang dibawa keluar pasukan penyelamat kemudian dihantar ke Hospital Yan untuk pemeriksaan lanjut.

Dalam kejadian Rabu lalu, empat orang disahkan meninggal dunia dalam kejadian banjir dan kepala air di Gunung Jerai menyebabkan banjir lumpur di Yan dan Merbok.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Ahmad Din, 68, yang ditemui di Kampung Setol, manakala mangsa kedua, Shahruzi Mohamad, 53, ditemui di Kilometer 8, Gunung Jerai pada jam 11 malam hari kejadian.

Mangsa ketiga, Zainol Morad, 66, ditemui di Kampung Titi Hayun dan mangsa keempat, Mohamad Faizal Mohd Zohir, 28, ditemui di Kampung KEDA Sungai Udang, Khamis lalu.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!