About Me

Maut akibat kereta buat pusingan U


PASIR MAS – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang secara tiba-tiba membuat pusingan U di simpang tiga Kampung Lati, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9.20 pagi itu, mangsa, Mat Zulfaiz Mat Zaid, 20, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan pada beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Perodua Kancil dipandu seorang warga emas dari arah Lati menghala ke arah Pasir Mas secara tiba-tiba telah membuat pusingan U.

“Mangsa yang menunggang motosikal dari arah sama tidak sempat brek sebelum merempuh bahagian kanan kereta tersebut.

“Insiden itu menyebabkan mangsa tercampak ke hadapan kereta berkenaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, bagaimanapun warga emas yang memandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!