About Me

Mangsa keenam mungkin berada di bawah timbunan kayu


Yan: Operasi pencarian mangsa keenam yang hilang ketika tragedi kepala air di Gunung Jerai, akan tertumpu di bawah timbunan kayu di kawasan Titi Hayun, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, penemuan mangsa kelima, Ku Shuib Ku Abdullah, 91, hari ini memberi petunjuk baru kepada pasukan mencari dan menyelamat untuk menggunakan modus operandi sama dalam pencarian mangsa keenam.

"Kita akan gunakan teknik sama dengan pencarian di bawah timbunan kayu seperti hari ini.

"Ini kerana kami mengesyaki ada kemungkinan mangsa keenam turut berada di bawah timbunan kayu," katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Titi Hayun, di sini hari ini.


Shahnaz berkata, SAR di laut juga akan diteruskan menggunakan bot kecil serta kayak untuk menyusuri laluan yang sukar ditempuhi.

"Selain itu, pasukan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) turut melakukan pemantauan dan rondaan di sekitar kawasan kuala berhampiran pantai.

"Jumlah keanggotaan masih dikekalkan iaitu 430 orang," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, jasad Ku Shuib ditemukan kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya di Batu Hampar, di sini.

Shahnaz berkata, rumah bekas imam itu terletak di Salak Denai dan dia dipercayai gagal menyelamatkan diri kerana uzur dalam kejadian pada jam 4.30 petang Rabu lalu.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!