About Me

‘Mahu berniaga tapi tiada modal’


JERANTUT – “Saya amat berha­rap untuk berniaga kecil-kecilan bagi meraih pendapatan tetapi mengalami pelbagai kekangan khususnya ketiadaan modal.”

Demikian rintihan ibu tunggal, Azmah Kamaruddin, 38, yang tidak mahu mengalah de­ngan kesempitan hidup dalam usa­hanya untuk membesarkan enam anak berusia antara enam hingga 17 tahun.

“Keinginan saya untuk berniaga secara kecil-kecilan bagi memperoleh pendapatan tidak dapat dilakukan kerana saya langsung tiada modal, peralatan, lokasi, malahan kena menjaga lima orang anak yang masih bersekolah,” ujarnya ketika ditemui di sini semalam.

Wanita itu berpisah dengan bekas suaminya sejak empat tahun lalu, sebelum menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Meskipun dengan pendapatan sekadar untuk keperluan asas harian, namun ia sudah cukup menggembirakannya yang tinggal menumpang di rumah pusaka keluarga di Perumahan Felcra Tembeling Tengah di Kuala Tahan di sini.

“Pandemik Covid-19 yang menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberikan kesan besar kepada saya sehingga hilang mata pencarian dalam sekelip mata.

“Kedai makan tempat saya bekerja terpaksa ditutup selain tiada lagi kerja kampung yang boleh dilakukan,” katanya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menyara keluarga.

Katanya, asalkan ada pihak yang menawarkan pekerjaan di premis-premis perniagaan di Kuala Tahan dan kerja kampung dengan upah yang kecil, itu pun sudah memadai.

“Kehidupan saya terbeban apabila bermula pelaksanaan PKP tahun lalu menyebabkan saya langsung tidak ada pendapatan berikutan semua premis ditutup selain kewaspadaan penduduk akibat penularan Co­vid-19,” katanya.

Menurut Azmah, pada masa ini, dia hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM650 untuk membeli barangan dapur dan keperluan penting lain.

Dia memberitahu, pada masa ini kesemua anaknya iaitu empat perempuan serta dua lelaki masih bersekolah dan perlu diberi perhatian khususnya dalam menyediakan kelengkapan per­sekolahan. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!