About Me

Lori muatan 30,000 liter air terbalik dalam semak


REMBAU – Seorang pemandu lori berhadapan detik-detik cemas apabila lori yang dipandunya terbabit dalam kemalangan lalu terbalik ke dalam semak di Pekan Pedas, di sini, 6.30 pagi tadi.

Pemandu yang hanya ingin dikenali sebagai Arun, 38, itu menyatakan ketika kejadian dia dalam perjalanan menghantar muatan air sebanyak 30,000 liter dari Seremban ke Pedas bagi kerja-kerja membuat jalan.

Menurutnya, kemalangan berkenaan berlaku dalam sekelip mata sahaja dan dia juga hanya menyedari sebaik lorinya sudah pun masuk ke dalam bahu jalan bersemak di laluan bertentangan.

“Takut juga sebab ini pertama kali saya terbabit dalam kemalangan sejak 10 tahun bekerja sebagai pemandu lori. Mujur saya masih boleh keluar sendiri dari pintu pemandu dan mula mendapatkan bantuan.

“Kini saya sedang menunggu bantuan untuk menarik lori yang terbalik dalam semak dan belum membuat laporan polis lagi berhubung kemalangan ini,” katanya ketika ditemui di lokasi, di sini tadi. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!